Burung didik terbang di awan
Muda belia menangkap ikan
Baik-baik bila berkawan
Akhlak mulia mesti diutamakan
Di tepi kali saya menyinggah
Menghilang penat menahan jerat
Orang tua jangan disanggah
Agar selamat dunia akhirat
Beli sekayu kain kasa
Cukup diukur dengan lerengnya
Bangsa Melayu menjaga bahasa
Lengkap dengan sopan adapnya
Thursday, May 17, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Sila singgah di http://pantunonline.com untuk berpantun dan http://saieedriss.blogspot.com untuk mengenali seorang pesara RTM.
Post a Comment