Friday, July 20, 2007


Perlis merupakan sebuah negeri paling utara yang bersempadanan dengan negeri Kedah di selatan dan Thailand di utara. Jumlah penduduk sekitar 230,000 orang dengan majoritinya ialah kaum Melayu, Cina, Siam dan India. Perlis merupakan negeri pengeluar gula dan padi. Perlis juga terkenal dengan buah mempelam Harum Manis yang boleh dinikmati dalam bulan Mei setiap tahun. Selain daripada itu Perlis juga terkenal sebagai pusat membeli belah di sempadan iaitu Padang Besar dan Wang Kelian. Marilah cuti-cuti Malaysia di Perlis.

No comments: